Friday, March 20, 2009

Doakan aku yer..

Today would be my last day before my maternity leave. Every morning Mr Kekeh will call me to make sure whether I still going to office or not.. (What a Jantanman!!)

So, I will miss all of you since I dont have internet access at home. I miss reading all your writings.. I miss all the emails.. Miss all the merapu things that will brigthen up my hectic day.. Hu..hu..unless aku berpantang di Kuantan.. Umi ada internet kat rumah!!

Adee.. I cant wait to see you.. Zella.. Jangan lupa skill photogs kau.. Kak Sal.. Doakan saya ye.. Zuey.. nanti turn kau pulak.. ingat pesan aku.. Agee.. Amat dah order baby nombor 4.. Dia kata tu kira 2nd badge.. after I'm 35.. heh :)

Aku dah buat checklist untuk pengganti aku nanti. Tak la dia rasa sakit hati jadi PA Mr Kekeh nanti.. Panjang betul list.. Mr Kekeh suruh masukkan kriteria pertama. Ready untuk buat air untuk dia bila2 masa.. Ngade!! D
ia tanya nak hadiah apa? Aku jawab.. Stroller Mc Larren!! Sesuai dengan 'penderaan' dia kat aku kan. Dia ketawa jer..

Uish.. tadi dalam kereta macam banyak jer idea nak tulis.. ni blur pulak.. Tapi one thing for sure aku memang tak sabar nak bersalin kali ni. Macam excited melampau.. Neesa dan Syifa hari2 belek perut aku kata tak sabar nak main dengan baby sebab aku cakap baby keluar bulan 3.. sama dengan birthday Ayah dan Neesa. Syifa ada patung Tiger the Pooh untuk baby.. Neesa belikan botol 4 oz untuk baby dia.. Kiyut sungguh.. Oh ye.. Syifa dah tidur kat tilam sendiri.. Dia dah pandai faham yang baby baru akan ganti tempat dia. Aku ajak tidur aku pun dia dah tak nak.. Hu..hu..

Ok.. aku curi masa untuk taip entry pagi-pagi hari ni sebelum Mr Kekeh sampai. So.. doakan aku ye semua.. Love ya..

Wednesday, March 11, 2009

Mind? Brain? Perception?


Dulu aku tak kan sentuh vitagen perasa LB. Sebab bagi aku rasa dia mesti macam susu. Oleh kerana aku tak suka susu, aku assume benda ni pun macam susu sehinggalah moment of truth bila jumpa dengan kake zuey mempelawa aku minum. Aku memula tak nak.. Dia convinced kata benda ni sedap.. Aku cuba.. So, selepas umur aku 30 tahun, aku rasa sangat menyesal tak beratur depan van vitagen masa tahun 1985-1990 semata-mata untuk beli Vitagen perasa LB. Sungguh!! Kake.. kenapa kau tak bagi aku minum masa kita satu bilik kat ITM? Kenapa.. kenapa?
p/s Ibu mengandung dilarang mencarut dan berkata2 kesat! Ingat tuh.. Ikat siket mulut tu yer. Kau nak aku buatkan poster larangan?

Cepatlah..

Aku nak jadi macam Zella.. taip entri pendek-pendek.. So entri kali ni ialah.. Ya Allah, aku nak beranak cepat.. dah tak larat dah plis :)

Friday, February 27, 2009

Entri Kemanusiaan- Babak 1

Jeng..jeng.. Mari aku perkenalkan mangsa pertama entri aku: Mr. KK! Aku kerja dengan dia since 2002. Masa tu dia Ketua Penolong Pengarah Sektor T. Aku steno pool kat sektor tu. Memula dia masuk.. macam takut jer nak usha since dia baru habis Master jer time tuh. Duduk terperok kat hujung wing. Mamat kelantan. Masa tu dia blur lagi tentang perjawatan since dia buat HR di Kementerian Pelancongan but he's one of the fast learner aku rasa. Masa buat naziran dengan dia di Langkawi dia jenjalan sensorang since semua orang menyerbu ke tempat beli Corell. Aku tanya.. beli apa? Beli kain batik untuk isteri.. Aku mcm nak ketawa sebab dia beli sehelai jer. Saya tak tau membeli.. Aku ngan Cik Aida (masa tu dua2 Cik lagi).. Cuma jawab ooooooooo.. Dia cuma pandang dari jauh kumpulan kitaorang dengan berbondong2 barang shopingan. Banyak kali juga outstation dengan dia. Baru tau yang dia ni sangat penakut kalau duduk hotel sensorang. Banyak kali call aku sbb tak boleh tidor.. Last2 aku cakap.. Ambik jer Yasin letak atas muka.. pas tu tido.. Terus dia tak call aku dah. 2003 aku sambung 1st Degree dan terus lost contact dgn dia.



Berdiri di sebelah kanan. Kalau tengok dekat2 mesti nampak senyum senget dia. Bila tengok gambar anak lelaki dia.. Senyum senget jugak.. Memang keturunan kot..


Ni gambar tahun lepas masa terima hadiah sukan. Masa ni nampak agak gumuks maybe sebab botak. Masa ni dia Ketua Penolong Pengarah Kanan. Dah tukar sektor pun. Tegur dia masa bertembung jer. Aku ada dengar2 pegawai di bawah dia merungut sebab dia kerja nak cepat jer. Maybe masa tu dia jaga data, so sumer nak on the spot. So, sekarang aku jadi PA dia. Memang betul.. dia agak kelam kabut. Semua nak cepat. Tak gentleman (jantanman ada la). Tapi baik hati. Tak kedekut. Selalu jugak aku rembat kereta dia kalau nak pergi Alamanda kalau aku tau hari tu dia bawak kelisa. Hak..hak.. Kengkadang bila time alim, selalu jugak kena tarbiah.. Tapi bila time gile2.. boleh tahan jugak dia nih. So far.. tensi jugak kerja bawah dia.. tapi bila terkenangkan dia lagi tensi dengan orang atasan, jadi kesian.. Itulah Mr KK kalau nak kenal!!
p/s Since aku invite certain person jer untuk baca blog aku, aku trust korang untuk tidak menyalahgunakan entri aku ye. Peace!

Wednesday, February 25, 2009

A good restart..


Life is not measured by the minutes, but by the moments.
The Curious Case of Benjamin Button

This morning I saw a rainbow.. Big one! I cant remember when was the last time I saw a beautiful rainbow..

Esok ambik cuti since mak aku sampai hari ni. Boleh lah bermanjaan ngan dia. Aku nak makan laksam, singgang, sotong sumbat, bubur kacang.. etc..etc.. boleh Umi? :)

Monday, February 23, 2009

Hu..hu, I'm touched

Have I mentioned that Syifa always be my fav girl.. Since Neesa was so attached with her father, kira aku geng ngan Syifa la. Every weekends will be my quality time with the kids. The days will start with taking bath together, main buih.. and we will spend about an hour dalam bilik air saja. Neesa akan gosok ibunya, ibunya akan gosok Syifa dan Syifa akan syampukan kakaknya. We really having fun dan diaorang boleh pilih untuk pakai baju apa that day dan boleh request nak pergi mana that day. Selalunya swimming dan pergi pasar malam tak pun pergi main buai kat P10. Semalam tinggal aku ngan syifa since Amat pergi melawat makciknya meninggal di Seremban. Dialog ni masa aku suapkan Syifa mushroom soup pagi semalam:

Aku : Syifa, lepas ni syifa kena makan sendiri tau, ibu nak suap baby. Syifa dah besar kan.
Syifa: Syifa dah besar ke? Nanti baby keluar, Syifa takde kawan.
Aku : Ada.. syifa kawan dengan kakak, syifa kawan dengan ayah.. syifa kawan dengan baby..
Syifa: Syifa nak kawan dengan ibu je..

Bila nak tidur pulak, macam biasa kan, dia suruh aku peluk dia. Tangan aku tak boleh lepas dari kena peluk dia. Dah banyak kali train Neesa n Syifa tidur bilik sendiri. Dah hias cantik2 kat bilik sebelah pun, merangkak jugak tengah malam nak tidur ngan kitaorang. So, aku dah belikan dua tilam single untuk letak dalam bilik tapi as usual, Syifa nak jugak menyelit tidur kat tengah2. Semalam aku pesan lagi.. Syifa tidur kat tilam syifa ye, nanti ibu nak tidur dengan baby. Mula2 dia merengek nak tidur ngan aku, pas tu aku tinggikan sikit suara.. Tak boleh! Ibu sakit perut! Syifa tidur kat tilam syifa. Syifa dah besar.. Sambil nangis, syifa kata " Syifa takde kawan.." Syifa nak tidur bilik sebelah ker tidur dalam bilik ibu? Dia pun ambil bantal dia.. turun dari katil terus tidur kat tilam dia sambil menangis lagi. Tetiba aku dengar lagi.. Syifa takde kawan.. ibu tidur lah dengan Syifa.. peluk syifa.. Aku jawab lagi.. Ibu sakit perut!.. Pas tu dia jawab.. Nanti Syifa bagi ibu ubat ye.. Masa tu, aku rasa macam nak nangis sangat. Aku pun turun kat tilam dia, peluk dia kuat2.. Apa lah aku nih, dia nak attention jer kan.. Macam mana nak disiplin anak2 ye. Malam tu aku tidur ngan Syifa buat sekian kalinya. Neesa terus naik atas tidur ngan Amat!! Kan aku cakap.. Syifa pandai berlakon (atau ambil hati?)

Wednesday, February 18, 2009

Erk!!

Date : 17 Februari 2009
Time : 2.00 - 4.30
Venue : Klinik Kerajaan, Putrajaya

The Result
Weight : 85kgs (yup!)
BP : 120/64
Weeks : 35 weeks
Womb : 35cm

Elene: Doktor, lately saya rasa contraction on and off lah.. Quite intense and painful
Doc : It's normal, u'll get used to it.. Its called Braxton Hicks.. false alarm..your body is try to telling you to get ready for labor. There is a way to make u labor earlier than due date.
Elene: I'm not ready for C-Section.. Any other way?
Doc : Frequent intercourse
Elene : In that case, I'll wait another 5 weeks. Sigh!


p/s Pregnancy dulu takde false alarm bagai. Cukup 39 weeks dah boleh agak itu ialah contraction. Mandi2 dan terus ke hospital.

Tuesday, February 17, 2009

Email siot..

Siot jer aku dapat email ni pagi tadi. Kelakar pun ye..

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA

IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

IKAN MAS KOKI( ikan apa ni)
Ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu.... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....

Aku baca email ni masa tengah makan nasik lemak.. tengah kaut2 ikan bilis!! :) Kalau ikan sardin?

Monday, February 16, 2009

Why people get married?


We need a witness to our lives. There's a billion people on the planet... I mean, what does any one life really mean? But in a marriage, you're promising to care about everything. The good things, the bad things, the terrible things, the mundane things... all of it, all of the time, every day. You're saying 'Your life will not go unnoticed because I will notice it. Your life will not go un-witnessed because I will be your witness'."
Beverly Clark - Shall We Dance

I've cried when Susan Sarandon read the dialogue. At the same time Amat went out with his friends till 2am. Deep in my heart I think Amat really have fun with his friends.. His night will be totally different compared what he has to faced everyday.. Sometimes, I can't help myself questining myself why I still can deal with the routines/responsibilites/tasks after 5 years. Wondering how people can survive for the next 30 years. Ha..ha.

The movie is about how Richard Gere find 19 years of his marriges become dull and try to find something new by joining dancing class. Read the summy here. I've to admit that people still need their own space/time to be the real him/her. Forget all the responsibility for once.. Enjoy to the fullest.. But for me, I'll feel quite guilty leaving Amat with the kids.. Keluar ngan kengkawan pun aku akan call banyak kali how he's doing. Dah makan ke belum.. Amat? He will use the time to the fullest.. Geram aku tau!! So that night, after waiting to 12pm, I called. Tak berangkat. Last sekali aku bg msg: Please do say thanks to your friends coz giving your night become more happier and alive tonight!.. Pas tu dia call banyak kali.. Aku pulak takde hati nak angkat! Still geram!.


p/s Happy Anniversary Kak Sal.. semoga bahagia sehingga akhir hayat. U gave me an idea how to turn my Anniversary quite different from the past. Giving hand made card with scanned surat nikah on it with tajam2 words.. :)

Apa moral of the story entry kali ni? Aku pun konfius! ;0

Tuesday, February 10, 2009

Istikharah?

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yan g ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok (sama ada baik ataupun jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
Surah Lukman: Ayat 34

Saper yang pernah buat solat istikharah? Ayat ni begitu mendalam maksudnya. Aku pernah cakap tak yang Mr. KK ni alim2 siket. Hari tu aku mintak opinion dia tentang kerjaya aku. Aku kata nak buat solat istikharah.. Pas tu dia pesan, kalau kita dah buat solat tuh, then Allah dah bagi petunjuk tapi kita tak ikut, kita akan kena kifarah (thanks Zell). Maknanya, kita akan mendapat 'bala' la kira kalau kita tetap pilih pilihan kita. So, aku tak berani nak buat solat ni, cuma selepas solat aku doakan supaya di permudahankan urusan aku posting nanti. Kalau itu yang terbaik buat aku lah kan.

Dalam government, setiap dasar sentiasa direview. So, in my case, diaorang tengah buat kajian kepada kakitangan sokongan yang suceed buat first degree dgn CGPA yang baik. Pegawai berkenaan akan diletakkan sebagai Pegawai Kontrak dan kalau perform boleh terus serap sebab banyak komplen fresh grad tak perform walau dah 1 tahun kerja. Tapi kan, itu semua rezeki masing2. Tak dinafikan, for those yang ada kabel besar, dapat jawatan kontrak, terus dapat serap tanpa perlu melalui prosedur yang sepatutnya. (Itu ayat dengkikah?) Dan banyak silent policy lain. Sorry tak boleh reveal semua. So, kalau ikutkan kata hati, memang aku nak pergi posting. Kan aku nak tanam strawberry belakang rumah :) For the time being, aku tak nak fikir telalu jauh untuk masa depan. Mcm tafsiran surah tadi. Aku berpegang, hanya Allah tahu apa rezeki aku esok. So, kalau aku jadi posting, by the time aku balik nanti, umur aku 34, masih boleh apply untuk jadi pegawai. Full stop.

Sekarang ni kan, nampak sangat perut aku macam dah turun siket. Sumer orang kata macam mengandungkan baby boy. (Dalam hati, aku suka kalau dapat baby boy). Tapi selalu jugak aku pesan, itu semua kerja Allah. Aku doa jer lah supaya dapat baby boy, kalau itu yang terbaik untuk aku. Setiap kali scan baby, bila doc tanya dah tau jantina ke belum, aku mcm nak tanya tapi cepat2 Epul kata, takpe doktor, asal baby sihat jer. Dia pesan, itu rahsia Allah. Aku tak sabar nak bersalin. Dah tak larat dah nak kendong baby nih. Tak sabar nak tengok Neesa n Syifa main ngan baby baru. Tak sabar nak susukan baby. Tak sabar nak slim balik. Tak sabar nak potong kuku kaki sendiri balik :)

Moral of the story: Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Allah juga yang tentukan aku dapat kawan2 mcm korang ni. Dapat kehidupan mcm yang aku lalui sekarang ni. Yang penting aku jangan putus2 berdoa pada Dia.
p/s Mcm Adee cakap, we can't have it all. Cuma, adakah itu yang terbaik?