"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yan g ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakan esok (sama ada baik ataupun jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
Surah Lukman: Ayat 34
Saper yang pernah buat solat istikharah? Ayat ni begitu mendalam maksudnya. Aku pernah cakap tak yang Mr. KK ni alim2 siket. Hari tu aku mintak opinion dia tentang kerjaya aku. Aku kata nak buat solat istikharah.. Pas tu dia pesan, kalau kita dah buat solat tuh, then Allah dah bagi petunjuk tapi kita tak ikut, kita akan kena kifarah (thanks Zell). Maknanya, kita akan mendapat 'bala' la kira kalau kita tetap pilih pilihan kita. So, aku tak berani nak buat solat ni, cuma selepas solat aku doakan supaya di permudahankan urusan aku posting nanti. Kalau itu yang terbaik buat aku lah kan.
Dalam government, setiap dasar sentiasa direview. So, in my case, diaorang tengah buat kajian kepada kakitangan sokongan yang suceed buat first degree dgn CGPA yang baik. Pegawai berkenaan akan diletakkan sebagai Pegawai Kontrak dan kalau perform boleh terus serap sebab banyak komplen fresh grad tak perform walau dah 1 tahun kerja. Tapi kan, itu semua rezeki masing2. Tak dinafikan, for those yang ada kabel besar, dapat jawatan kontrak, terus dapat serap tanpa perlu melalui prosedur yang sepatutnya. (Itu ayat dengkikah?) Dan banyak silent policy lain. Sorry tak boleh reveal semua. So, kalau ikutkan kata hati, memang aku nak pergi posting. Kan aku nak tanam strawberry belakang rumah :) For the time being, aku tak nak fikir telalu jauh untuk masa depan. Mcm tafsiran surah tadi. Aku berpegang, hanya Allah tahu apa rezeki aku esok. So, kalau aku jadi posting, by the time aku balik nanti, umur aku 34, masih boleh apply untuk jadi pegawai. Full stop.
Sekarang ni kan, nampak sangat perut aku macam dah turun siket. Sumer orang kata macam mengandungkan baby boy. (Dalam hati, aku suka kalau dapat baby boy). Tapi selalu jugak aku pesan, itu semua kerja Allah. Aku doa jer lah supaya dapat baby boy, kalau itu yang terbaik untuk aku. Setiap kali scan baby, bila doc tanya dah tau jantina ke belum, aku mcm nak tanya tapi cepat2 Epul kata, takpe doktor, asal baby sihat jer. Dia pesan, itu rahsia Allah. Aku tak sabar nak bersalin. Dah tak larat dah nak kendong baby nih. Tak sabar nak tengok Neesa n Syifa main ngan baby baru. Tak sabar nak susukan baby. Tak sabar nak slim balik. Tak sabar nak potong kuku kaki sendiri balik :)
Moral of the story: Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Allah juga yang tentukan aku dapat kawan2 mcm korang ni. Dapat kehidupan mcm yang aku lalui sekarang ni. Yang penting aku jangan putus2 berdoa pada Dia.
p/s Mcm Adee cakap, we can't have it all. Cuma, adakah itu yang terbaik?